Ini bukan kucing saya. Saya sendiri tidak tahu mengenai kucing ini melainkan maklumat mengenai pokok mangga yang berbuah lebat milik tuan punya kucing ini.... oh saya sangat suka buah mangga!
Ini kucing saye. Nama dia Lord Royce Gungun tapi saya panggil dia Gungun. Dia sangat suka membebel terutamanya apabila dia lapar. Walaupun kucing ini sangat teruk perangainya, saya masih mampu bersabar dan berazam untuk tidak membuang dia.
Ini kucing saya Chelsea. Kucing ini sudah menconteng arang ke muka keluarga kami apabila dia bunting tidak berhenti-henti. Walaupun kesemua anak-anak nya comel-comel belaka, namun ini masih sukar untuk menutup malu keluarga. Chelsea masih enggan insaf dan terus leka dibuai keseronokan dunia