Want your
own Fotopage?






 
Caparo's FotoPage

By: Dep Pub Proc

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]
Saturday, 30-Aug-2008 06:16 Email | Share | | Bookmark

 
 
Ular sawa type African Rock Python ini agak garang kerana sudah lama tidak dimanjakan oleh tuannya akibat sibuk dengan tugasan harian. Sewaktu mula-mula dipamerkan, saya tidak berani untuk mendekati dan mengenali ular ini dengan lebih dalam. Pada hari terakhir, saya berjaya mendapatkan kekuatan untuk bermesra dengan ular ini namun ular ini sungguh pandai berpura-pura. Ular ini melayan saya dengan baik dan ramah apabila tuannya berada berdekatan tetapi apabila tuannya pergi ke kelas, ular ini cuba menyambar saya. Fuhhh, nasib baik saya tak apa-apa.



Ular sawa tempatan type Ball Python ini masih bayi lagi dan sangat manja. Hampir setiap masa dia berada di samping saya dan melayani karenah-karenah pengunjung di exhibition Environmental Law Week yang bertemakan Rainforest and Reptiles. Ular ini sesuai dibuat binatang peliharaan / pet kerana dia tidak la seganas mana dan bole dibeli di mana-mana Pet Shop. Namun begitu, anda perlulah memohon license untuk membelanya.

awww... ular..!! huhuhuhu.. nice picture..!! t kim slm kat arina eh.. die schoolmate kite dulu.. ckp nama kite hawa. tu pon if die ingat la.. hheheh..! Fri 5-Sep-2008 05:52
Posted by:lilo unisel_g@yahoo.com  - [Link]
aku tgh belajar jadi budak skem... so korang yang membace fotopages ini abaikan je info maklumat gamba-gamba yg memang giler skem Mon 8-Sep-2008 01:06
Posted by:caparo siza87_spinx@yahoo.com  - [Link]
a'ahla..
skema gile
ari tu g utp
ade builder's nite
tp x sempat nak bgtau sis
Sun 26-Oct-2008 01:07
Posted by:abby abby_gam3rz@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Saturday, 30-Aug-2008 06:00 Email | Share | | Bookmark

 
 

"Moluccan Cockatoo" merupakan burung yang terbang bebas di Kepulauan Maluku Indonesia. Harga burung ini mencecah sehingga RM20000 dan ia mempunyai suara yang sangat merdu. Kalu lawan karaoke konpem saya kalah.



Mr Iguana ini dibela oleh salah seorang budak batch saya. Harga asalnya sekitar RM400. Kita perlu memiliki license untuk membela makhluk ini dan boleh dikenakan kompaun sehingga RM10000 sekiranya didapati bersalah kerana memelihara iguana secara haram. Mengikut firasat saya, kulit iguana ini sungguh sesuai dibuat handbag kerana warna dan tekstur nya yang unik. Marilah sama-sama kita menjayakan idea ini

iguana.. iguana...
tomeyh... hehehe
Wed 11-Mar-2009 06:04
Posted by:LiLo  - [Link]
Add comment


Saturday, 30-Aug-2008 05:24 Email | Share | | Bookmark

 
 


Ini biawak air / water lizard yang terdapat di merata-rata tempat. Agak kesian gak kat dia sebab mase Exhibition Environmental Law Week bertemakan Rainforest and Reptiles tu, x de sape yang pedulikan makhluk ini. huhu sabar la ye En Biawak!



Ini landak ataupon name Inggerisnya Porcupine/Hedgehog. Dia memang cukup suka roti sehinggakan habis sebuku roti yang saya bawa. Sesiapa yang berhajat nak membela Mr.Landak, pikirlah masak-masak kerana boleh bancrupt di buat nye.... anyway, mengikut maklumat yang saya terima, haiwan ini sedap dibuat rendang

Care to comment?


Saturday, 30-Aug-2008 04:42 Email | Share | | Bookmark
Si Comel yang suke tido

 
 





Haiwan ini merupakan spesies monyet yang dikenali sebagai Slow Doris a.k.a Kongkang. Mereka cuma menjamah buah-buahan dan bermaustatin di hutan-hutan di Semenanjung Malaysia dan Kepulauan Borneo. Kerja mereka adalah tido sepanjang hari dan mula mencelikkan mata apabila kedengaran azan maghrib. Sungguh buruk sekali perangai haiwan ini. Sudahlah malas, mereka sangat lembab dan tidak aktif. Walau bagaimana pun, seandainya mereka bergaduh, yang menang akan jadi arang dan yang kalah akan jadi abu.

Care to comment?


Saturday, 2-Aug-2008 03:10 Email | Share | | Bookmark
Pangkor here i come!

ouch my neck
haha cume gambe nih je yg jadik...

ait?
asal wt fp lain?
nnt kalu ternampak sy tegola
Sat 2-Aug-2008 11:02
Posted by:abby abby_gam3rz@yahoo.com  - [Link]
hye.. i saw your picture that u upload kat forum..
nk tanya.. yg rambut curl tu nama die arina kew..?
coz muke die mcm my schoolmate..!
juz aski' if silap sorry cgt2..
Mon 11-Aug-2008 09:06
Posted by:lilo  - [Link]
hai adek..
dah lupa akak zai ka????
jom singgah fp akak zai..akak zai pernah jadi model tak berbayar dulu2..
Fri 15-Aug-2008 03:15
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
Add comment


Tuesday, 24-Jun-2008 13:29 Email | Share | | Bookmark

Star Cruise
Sampan arwah atok
Porsche model lame
Kesemua gambar-gambar ini ditangkap sewaktu pengembaraan di Pulau Pinang. Maaf kerana menggunakan bahasa skema al maklumlah kerana saya mendapat A1 bagi SPM untuk subjek Bahasa Melayu... walau bagaimana pun kesemua tajuk gambar-gambar di bawah adalah rekaan semata-mata. Di harapkan anda tidak tertipu.

Star Cruise

Sampan arwah atok

Porsche model lame

cantik..adik suka tgk
adik dah umunkan keputusan pertandingan di fp adik
http://syafiqakram.fotopages.com
jangan lupa tengok siapa pemenangnya di samping ada pic2 terbaru adik...take care...jumpa di fp adik ok....
Thu 26-Jun-2008 15:04
Posted by:ahmad syafiq akram syafiq.amir@gmail.com  - [Link]
Welcome to fotopages

Untuk Khidmat Perancang Perkahwinan, Andaman, Pelamin, Sewaan Kostum, etc, layari http://archa-wed.cjb.net atau hubungi - Papa Li 012-335 5881 atau Adeq 012-299 1770.

Kami berpengalaman lebih 10 tahun menyediakan khidmat wedding planner (Malay, Chinese, Indian, etc), pelamin perkahwinan, andaman pengantin, Hiasan Dewan, Fotografi, Kursus Tatarias & Grooming.



- Rakan Strategik Bersama -

SiKecik Photography Service
Photographer for - Engagement - Wedding - Events - etc -
http://sikecik.fotopages.com

Thu 26-Jun-2008 23:19
Posted by:Archa Wedding Planner  - [Link]
Tue 29-Jul-2008 15:01
Posted by:dil  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Sunday, 15-Jun-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark

rumah tepi jalan
ini pekan GEORGETOWN kot
bukan rumah saya

Sungguh cantik kawasan ini... ayat skema!


Aku seorang pengembara yang berhenti untuk menangkap gambar papan tanda ini...ayat jiwang!


Entah mengapa hati saya tertarik akan rumah ini...ayat tak boleh blah!

Care to comment?


Friday, 13-Jun-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Serba-serbi mengenai saya...

Pekan Klang
hehe comey gak aku nih
selepas berbuka puasa
Saya merupakan anak kelahiran KLANG walaupun mak dan pak merupakan anak kelahiran KEDAH...
Dilahirkan sebagai anak ke 4 daripada 5 adek-beradek, saya tidak memiliki apa-apa keistimewaan untuk menjadikan saya seorang yang SPECIAL. Walaubagaimanapun demi menyedapkan hati sendiri, saya suka membayangkan diri sebagai seorang yang comel... muahahaha






Care to comment?


Tuesday, 10-Jun-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark

on da way to class
nota time nak exam haritu
bukan fakulti aku
Jalan ini ku lalui setiap hari untuk pergi ke class. Berbekalkan doa dan harapan mak dan pak ku gagahi jua kaki agar sampai ke destinasi sungguh pun lecture dan tutorial sungguh membosankan dan memeningkan kepala. Impian yang satu untuk menjadi SOMEBODY sudah lama tersemat kemas di fikiran. Semoga niat murni ini mendapat keredhaan Ilahi dan semoga aku sentiasa berada di landasan yang betul... kalu antar esei ni kat cikgu, agak2 bole dapat gred brape ek?


Aku menghidapi penyakit MALAS yang amat sukar diubati sejak tadika lagi. Sudah puas aku berjumpa doktor dan pawang bagi mencari penawarnye namun masih belum ku temui jua. Sebagai seorang pelajar, penyakit MALAS ini amat membebankan diriku. Namun apakan daya sudah nasib diri begini. Nota-nota di bawah sempat aku buat ketika study week seminggu sebelum exam di mana keajaiban berlaku apabila penyakit MALAS ini tidak menyerang dimana jarang-jarang sekali penyakit in berdiam diri.


Every cloud has its silver lining... tetapi awan hitam yang menyelubungi fakulti kejuruteraan dan perubatan ini membawa hujan yang sangat lebat. Gambar ini ditangkap dari kolej kediaman saya yang terletak bertentangan dengan fakulti ini. Sekukuh-kukuh fakulti ini, bukanlah fakulti saya. Saya lebih berbangga menjadi warga fakulti saya sungguh pun fakulti saya sangat kecik, uzur, dan antik. Harapan warga fakulti saya adalah mendapat pencapaian akademik yang terbaik dan menjuarai pertandingan Philip C. Jessup mooting competition.

Care to comment?


Friday, 6-Jun-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark

tak suke bunga nih
lopak air
hujan itu rahmat
Bunga ini di tangkap gambarnye di halaman rumah kawasan perumahan AA Tin Perak. Karena tidak mampu memiliki kamera murah @ mahal, saye terpakse menggunakan camcorder cokia yg dibeli sewaktu exhibition hari itu... walau bagaimana pun seandainya ada rezeki lebih, saye akan cuba memiliki kamera yang memang betul-betul kamera.



Ini adalah gamba merapu yang saya tangkap masih menggunakan camcorder itu. gambar ini merupakan lopak air yg terhasil selepas hujan turun dengan lebatnya. Tujuan saya menangkap gambar ini adalah bagi menghasilkan kesan REFLEXION untuk dihantar ke ruangan Discussion Board (THE WORLD THROUGH MY EYES) di FLICKR.



Gamba ini di tangkap menggunakan kamera dari handphone SonyEricsson k700i. handphone ini dibeli menggunakan duit pemberian bapa selepas result SPM2004 keluar. walaupun harganya tidak seberapa tetapi duit pemberian bapa amat mengharukan hati saya. terima kasih PAK!


layan gak pic2 kt Fp awk neh.
senang2 drop la komen kt FP sy..segala komen2 awk adalah tangga tuk sy memajukan diri dlm bidang neh..
sekian terima ksih..hhihiih
Tue 29-Jul-2008 02:52
Posted by:wanRap wanrap93@yahoo.com  - [Link]
Add comment


[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.